Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PKUAG

PKUAG adalah singkatan bagi Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah. Selamat melawat laman web ini.Dilaman ini disediakan maklumat tentang perniagaan yang telah lama dijalankan.Terima kasih kepada semua pelanggan yang tak jemu-jemu mengunjungi kedai kuih udang.Jangan lupa datang lagi dilain hari.Sebarang kesilapan yang disengaja atau tidak disengajakan harap dapat dimaafkan.

Tujuan utama kami membina laman web ini adalah untuk memperkenalkan lagi pusat perniagaan kami dan produk-produk yang kami buat, selain dari itu kami juga ingin membuat penjualan sos kuih udang melalui internet. Manalah tahukan , ada pelanggan kami yang berada jauh diluar negeri melaka, jadi penjualan melalui internet ini, adalah dalam proses percubaan.Sos akan dihantar melalui pos.

Pelanggan yang dihormati,semoga apa yang cuba kami lakukan ini mendapat sokongan sepenuhnya.

Untuk itu cuba klik banner ( JUAL ) diatas untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci.


Fahamilah...

( At - Talaq : 2-3 )

“Barangsiapa yang bertakqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Ada Komen Dan Pandangan??...


Apa Kata Pelawat?
Cadangan @ Komen.