Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Dari Pengurus PKUAG

Saya bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana melimpah kurnia-NYA, dapat saya bersama-sama berkongsi sedikit sebanyak latar belakang mengenai perniagaan yang terus beroperasi sehingga kini.

Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah merupakan perniagaan warisan keluarga.Berkat daripada nasihat dan tunjuk ajar daripada generasi terdahulu, yang juga merupakan pengasas Kuih Udang Alor Gajah iaitu Encik Baharudin Bin Mohd Tahir iaitu ayah kepada saya.Maka dengan itu dapatlah saya berkongsi dan memperbaiki perniagaan ini sehingga berjaya dan maju seperti sekarang.

Selepas menerima anugerah usahawan muda MARA(AURA) saya ingin membuktikan bahawa usahawan muda seperti saya juga boleh berjaya dan maju setanding dengan usahawan-usahawan lain.

Insya-ALLAH, usaha serta komitmen PKUAG kearah membantu negara dalam bidang ekonomi ini akan terus mendapat sokongan masyarakat yang sentiasa memberi perhatian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan PKUAG dan warga kerja yang terlibat.Anggaplah kejayaan dan usaha ini sebagai lambang pergorbanan semua pihak yang ingin maju dan cemerlang.

AZEROL BAHARUDIN ( Pengurus PKUAG )