Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

"Sejarah Penubuhan"

Sidang Baharudin Bin Mohd Tahir

Bermodalkan dengan RM100 sahaja pada tahun 1979, Baharudin bin Mohd Tahir memulakan perniagaan ini.Dengan menjaja kuih muih dan kuih udang dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Pada ketika itu beliau menetap di Masjid Tanah, dan dengan mengunakan sebuah basikal tua yang uzur beliau menjaja daripada Masjid Tanah sehinggalah ke Alor Gajah setiap hari. Begitulah selama beberapa tahun, sehinggalah beliau mendapat peluang untuk menjaja kuih-mueh dan kuih udang di Alor Gajah dengan menumpang berniaga ditepi sebuah kedai.

Berkat daripada kesabaran dan usaha yang tidak pernah putus asa, beliau telah mendapat sebauh gerai pada tahun 1983 di Alor Gajah.Bermula dari saat itu, beliau telah mengusahakan perniagaan kuih udang dengan bersungguh-sungguh.Daripada 1 kilogram tepung bertambah dan terus bertambah sehingga 25 kilogram tepung.Beliau mengunakan sos resepi sendiri yang merupakan penarik dan menambah kesedapan kuih udang itu sendiri.

Pada tahun 2003 beliau telah memberikan kepercayaan kepada generasi keduanya iaitu pemilik dan pengurus perniagaan kuih udang Alor Gajah sekarang.Azerol bin Baharudin.

Azerol bin Baharudin merupakan anak ke tiga dari 7 orang adik beradik.Beliau juga merupakan seorang yang pandai berdikari dan berniaga.Perniagaan yang diwarisinya telah membuktikan yang beliau mampu menjadi usahawan muda yang berjaya.Beliau juga telah memajukan PKUAG dengan membuka cawangan PKUAG di Masjid Tanah, dengan segala usaha yang dilaksanakannya PKUAG pernah memasuki rancangan teleivisyen '3 Hari 2 Malam' dan 'Jom Jalan-Jalan'.PKUAG terus dikenali sehingga kini dan telah menjadi satu produk makananan terkenal di negeri Melaka.

Sekian terima kasih.